Menu Bar

Friday 25 November 2011

PANDUAN TEKNIK BELAJAR YANG BERKESAN

Panduan Teknik Belajar Secara Berkesan

KAEDAH-KAEDAH BELAJAR

JARANG-JARANG diketahui oleh sesetengah pelajar bagaimana kejayaan menyusuli setiap usaha dan ketekunan mereka.

Tidak diketahui pula bagaimana harus memulakan usaha supaya apa yang dilakukan itu akan memberi hasil yang baik dan memuaskan. Ya ! setiap orang harus memikirkan soal ini.

Walaupun cara mentelaah pelajaran yang baik tidak sama pada setiap orang dan mengikut jenis pelajaran tetapi ada prinsip-prinsip umum yang dapat diamalkan.

Sebenarnya kejayaan di dalam pelajaran tidak sahaja bergantung kepada kebolehan dan kekuatan berusaha. Tetapi ia juga bersandar pada cara atau teknik belajar. Tidak dinafikan bahawa sesetengah pelajar itu dapat melakukan sesuatu dengan mudah dalam masa-masa yang tertentu dengan kebolehan dan kemampuan dirinya. Tetapi bukanlah faktor yang utama yang menafikan faktor yang lain.

Keterangan-keterangan berikut mengandungi punca-punca yang akan membantu kejayaan seseorang itu :

(a) Kecerdikan dan kebolehan yang istimewa .............. 50 - 60 %
(b) Kesungguhan , minat dan cara-cara mentelaah yang memberi
kesan ............................ 30 -40 %
(c) Nasib dan faktor persekitaran .................................. 10 - 15 %


Kebolehan sebenarnya dapat menolong seseorang ke arah kejayaan itu tetapi kebolehan sahaja tidaklah memadai. Ramai di antara pelajar yang bijak kecewa terutama dalam subjek-subjek yang sukar seperti Matematik dan Sains. Sebab utamanya para pelajar tidak merangkumi keseluruhan teknik yang diperlukan atau tidak pernah memikirkan cara-cara untuk belajar dengan berkesan. Umpamanya rancangan dengan jadual belajar .

JAWABLAH SOALAN-SOALAN BERIKUT DENGAN IKHLAS :

1. Adakah kamu mempunyai rancangan jadual melakukan sesuatu
setiap hari ? Ya / Tidak

2. Kalau benar adakah kamu mematuhinya ? Ya / Tidak

3. Adakah kamu menghadapi sebarang masalah apabila hendak
memulakan study kamu ? Ya / Tidak

4. Adakah kamu memulakan pelajaran tepat pada
waktunya ? Ya / Tidak

5. Adakah kamu berasa tugas anda menarik ? Ya / Tidak

6. Adakah kamu berbincang tentang sesuatu perkara yang telah
dibaca bersama-sama orang lain ? Ya / Tidak

7. Pernahkah kamu bertanya apa yang kamu kurang faham atau tidak
mengetahuinya ? Ya / Tidak

8. Pernahkah kamu membuat kajian sepintas lalu dahulu sebelum
membaca dengan teliti ? Ya / Tidak

9. Adakah kamu tidak memberi perhatian kepada jadual dan rajah
semasa membaca ? Ya / Tidak

10. Adakah kamu menyimpan nota-nota mengenai satu pelajaran di
tempat yang sama ? Ya / Tidak

11. Adakah kamu membuat catatan,rajah,jawapan dan sebagainya
daripada apa yang dibaca dalam
perkataan sendiri ? Ya / Tidak

12. Adakah kamu bersedia untuk peperiksaan sehingga
l arut malam ? Ya / Tidak

13. Adakah kamu mendapat tidur atau kerehatan
yang cukup ? Ya / Tidak

14. Adakah kamu dapat markah yang rendah jika ujian dibuat
secara tidak disangka-sangka ? Ya / Tidak

Sunday 20 November 2011

LATIHAN INTERAKTIF MENCARI SIMPULAN BAHASA

Sila cari simpulan bahasa yang tersembunyi di dalam kotak abjad di bawah. Terdapat 10 simpulan bahasa yang perlu adik-adik cari. Adik-adik perlu menggerakkan kursor mengikut simpulan bahasa yang dijumpai dan klik. Setelah adik-adik Klik di sini, paparan permainan ini akan keluar dan adik-adik klik pula pada ikon Show Words untuk melihat simpulan bahasa yang ingin dicari. Untuk mencuba, adik-adik Klik di sini