Panduan Teknik Belajar Secara Berkesan KAEDAH-KAEDAH BELAJAR JARANG-JARANG diketahui oleh sesetengah pelajar bagaimana kejayaan menyusuli setiap usaha dan ketekunan mereka. Tidak diketahui pula bagaimana harus memulakan usaha supaya apa yang dilakukan itu akan memberi hasil yang baik dan memuaskan. Ya ! setiap orang harus memikirkan soal ini. Walaupun cara mentelaah pelajaran yang baik tidak sama pada setiap orang dan mengikut jenis pelajaran tetapi ada prinsip-prinsip umum yang dapat diamalkan. Sebenarnya kejayaan di dalam pelajaran tidak sahaja bergantung kepada kebolehan dan kekuatan berusaha. Tetapi ia juga bersandar pada cara atau teknik belajar. Tidak dinafikan bahawa sesetengah pelajar itu dapat melakukan sesuatu dengan mudah dalam masa-masa yang tertentu dengan kebolehan dan kemampuan dirinya. Tetapi bukanlah faktor yang utama yang menafikan faktor yang lain. Keterangan-keterangan berikut mengandungi punca-punca yang akan membantu kejayaan seseorang itu : (a) Kecerdikan dan kebolehan yang istimewa .............. 50 - 60 % (b) Kesungguhan , minat dan cara-cara mentelaah yang memberi kesan ............................ 30 -40 % (c) Nasib dan faktor persekitaran .................................. 10 - 15 % Kebolehan sebenarnya dapat menolong seseorang ke arah kejayaan itu tetapi kebolehan sahaja tidaklah memadai. Ramai di antara pelajar yang bijak kecewa terutama dalam subjek-subjek yang sukar seperti Matematik dan Sains. Sebab utamanya para pelajar tidak merangkumi keseluruhan teknik yang diperlukan atau tidak pernah memikirkan cara-cara untuk belajar dengan berkesan. Umpamanya rancangan dengan jadual belajar . JAWABLAH SOALAN-SOALAN BERIKUT DENGAN IKHLAS : 1. Adakah kamu mempunyai rancangan jadual melakukan sesuatu setiap hari ? Ya / Tidak 2. Kalau benar adakah kamu mematuhinya ? Ya / Tidak 3. Adakah kamu menghadapi sebarang masalah apabila hendak memulakan study kamu ? Ya / Tidak 4. Adakah kamu memulakan pelajaran tepat pada waktunya ? Ya / Tidak 5. Adakah kamu berasa tugas anda menarik ? Ya / Tidak 6. Adakah kamu berbincang tentang sesuatu perkara yang telah dibaca bersama-sama orang lain ? Ya / Tidak 7. Pernahkah kamu bertanya apa yang kamu kurang faham atau tidak mengetahuinya ? Ya / Tidak 8. Pernahkah kamu membuat kajian sepintas lalu dahulu sebelum membaca dengan teliti ? Ya / Tidak 9. Adakah kamu tidak memberi perhatian kepada jadual dan rajah semasa membaca ? Ya / Tidak 10. Adakah kamu menyimpan nota-nota mengenai satu pelajaran di tempat yang sama ? Ya / Tidak 11. Adakah kamu membuat catatan,rajah,jawapan dan sebagainya daripada apa yang dibaca dalam perkataan sendiri ? Ya / Tidak 12. Adakah kamu bersedia untuk peperiksaan sehingga l arut malam ? Ya / Tidak 13. Adakah kamu mendapat tidur atau kerehatan yang cukup ? Ya / Tidak 14. Adakah kamu dapat markah yang rendah jika ujian dibuat secara tidak disangka-sangka ? Ya / Tidak |
Menu Bar
Friday, 25 November 2011
PANDUAN TEKNIK BELAJAR YANG BERKESAN
Sunday, 20 November 2011
LATIHAN INTERAKTIF MENCARI SIMPULAN BAHASA
Sila cari simpulan bahasa yang tersembunyi di dalam kotak abjad di bawah. Terdapat 10 simpulan bahasa yang perlu adik-adik cari. Adik-adik perlu menggerakkan kursor mengikut simpulan bahasa yang dijumpai dan klik. Setelah adik-adik Klik di sini, paparan permainan ini akan keluar dan adik-adik klik pula pada ikon Show Words untuk melihat simpulan bahasa yang ingin dicari. Untuk mencuba, adik-adik Klik di sini
Subscribe to:
Posts (Atom)